Bantuan Perubatan Saudara Zuraidi B.Mohamad
Tiada kata mampu di ungkap bila mana mendengar perkhabaran jiran di dalam kesusahan. saudara Zuraidi merupakan jiran di tepi rumah zira. membesar besama-sama dengan suami sedari kecil.
saudara Zuraidi kini berusia 42 tahun. mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. usia 16 tahun, 11 tahun dan 5 tahun.
Beliau menyara keluarga dengan kerja-kerja besi aluminum dan cermin.
Pada bulan Ogos tahun 2023, saudara Zuraidi mempuyai ulser sebesar 1 sen di lidah, pada mulanya beliau cuma mengambil ubat di klinik, namun antibiotik yang di beri tidak memberi apa-apa terhdap ulser di lidahnya, ulser yang sebesar 5 sen, menjadi sehingga 20 sen.
Dalam masa 2 bulan Oktober, beliau sudah tidak mampu untuk bekerja, tubuhnya sangat lemah apabila tidak dapat makan dan minum seperti biasa, dan lidahnya sering berlaku pendarahan.
Dalam masa 3 bulan kondisi lidahnya makin memburuk, beliau hanya mampu makan bubur nasi, dengan hanya menelan tanpa boleh mengunyah, sehingga bulan 12 saudara Zuraidi di bawa ke hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu, untuk rawantan lanjut.
Alangkah luluh hati, hasil sample yg diambil di lidah beliau, di sahkan oleh doktor merupakan sel kanser, yang telah berada di tahap 4.
Doktor telah memberi keputusan ujian lidahnya ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan, untuk rawatan lanjut, namun tiada rawatan yang mampu di beri di dua hospital besar di kelantan ini.
Doktor di hospital USM Kubang Kerian, mencadangkan untuk saudara Zuraidi mendaptakn rawatan lanjut di IPPT USM Bertam Pulau Pinang.
Rawatan yang di cadangkan pada mulanya dianggarkan bernilai sekitar RM 50 puluh ribu ringgit, namun sehingga kini telah mececah RM 80 ribu ringgit.
Alhamdulillah, rawatan pertama telah di jalankan dan pihak hospital telah di bayar sebanyak rm 50 ribu ringgit. Kos yang masih di perlukan kini sekitar Rm 30 ribu ringgit lagi, kos ini di bayar sedikit semi sedikit sehingga selesai rawatan, dan mungkin kos ini boleh bertambah dari masa ke semasa.
Saudara Zuraidi kini, harus menetap di Bertam Kepala Batas dalam tempoh masa yang lama, dianggarkan sehingga 3 bulan, kelantan dan pulau pinang jaraknya 300km, jadi ahli keluarga saudara Zuraidi ada yang terpaksa menetap di sana untuk menuggu dan menjaga beliau, sehingga semua rawatan lengkap di jalankan.
Buat masa sekarang tiub pernafasan sudah di buka dan, beliau diberi susu melalui saluran tiub yang di tebuk di perut, memandangkan sel kanser telah merebak hingga kedalam leher dan tekak.
Jadi sebagai jiran yang prihatin zira ingin cuba membantu, supaya dapat meringankan bebanan keluarga zuraidi dalam mencari dana bagi rawatan kimoterapi dan radioterapi.
( Gambar isteri dan anak bongsu mereka)
Segala sumbangan yang di salurkan zira akan salurkan 100% kepada En Zuraidi. Semoga dengan bantuan dari kalian yang perihatin ini dapat meringan beban rawatan En Zuraidi. Zira juga pohon doa dari semua untuk kesembuhan buat beliau.
Allah sahaja dapat membalas jasa kalian, dan di doakan semoga rezek kalian melimpah ruah, di beri kesihatan yang baik aminn.